August 28, 2009

Faktor (antara lain) khusyuknya solat seseorang

Assalamualaikum wbt.

Khusyuknya solat seseorang tidak dapat kita nilai sendiri melainkan berbalik kepadaNya. Namun, terdapat beberapa pengaruh luar yang dapat membantu kita bgi mencapai atau sekurang-kurangnya hampir mencapai tahap khusyuk yang insyaAllah akan diberkati oleh Allah SWT. Bagi saya sendiri, faktor yang mempengaruhi kekhusyukan seseorang melibatkan keadaan sekeliling. Dari segi keadaan masjid atau surau, jemaah, dan individu itu sendiri.


Dari segi masjid, ya tentulah aspek kebersihan dan keselesaan. Seperti kemudahan infrastruktur kipas, sejadah dan sebagainya.

Jemaah iaitu dari aspek kesihatan, rapatnya saf, dan kebersihan. Kadang perbezaan mazhab mungkin (slightly) akan mengganggu konsentrasi kita sebab terkejut tengok orang sebelah asal dia sujud lagi? Bagi sesama jemaah, aspek kesihatan seperti bila seseorang tu bersin time2 rukuk mungkin sedikit ganggu khusyuk kita. Ya la. terkejut jg klu tiba2 bersin sebesar2 alam. Rapatnya saf; saya tidak pasti mengapa jemaah solat di sini kurang menitik beratkan soal rapatnya saf. Sedangkan apalah guna solat berjemaah kalau di celah kita syaitan yang mendudukinya. (eh, tapi syaitan sudah kena kurung kan?) Kebersihan tu faham-faham lah kan. Da la pergi mengadap Tuhan, x kan bau-bau badan pun mau ikut serta? Duh.

Bagi individu sendiri, bersedialah dengan mental dan fizikal untuk beribadah. Fizikal yang sihat, dengan stamina yang cukup bagus dan mempunyai energi untuk sujud rukuk 40 kali (tarawih x 2 kali per rakaat). Sudut mental, lapangkan fikiran kita; kosongkan minda, supaya bait2 ayat suci dapat menusuk jiwa. Jgn time imam baca surah panjang, tiba2 ingat mau update apa di blog hari ni (-_-")


NAMUN! yang ingin saya perkatakan di sini selain faktor-faktor di atas, BACAAN IMAM DALAM SOLAT AMAT MEMAINKAN PERANAN(for me). Ada Imam yang time baru baca Bismillah pun kita da bole sampai tahap mau nangis, kerana alunan dan lontaran suara yang mantap diikuti tajwib, taranum yang Subhanallah.. Bagi jemaah seperti saya yang kurang imannya, bacaan seperti ini sangat meruntun kalbu (ayat mau yang best..) Setiap baris yang dibaca, dapat kita hayati (untuk Al-Fatihah) dan keindahan bacaan tu membuatkan minda kita terlekat @ fokus pada bacaan sahaja. Otak tidaklah menerawang fikir-fikir.. oh.. tadi Alin cakap 21 hari lagi balik Malaysia. tsk.

Di sini saya melampirkan contoh dari tiubkamu, bacaan surah Al-Mulk yang memanah hati.




Semoga ibadah kita diterima olehNya. Wallahu A'lam.

12 comments:

besi said...

yern ain..bagus betul entry nie..
tq .......tambah ilmu bulan2 puasa nie

Unknown said...

kalau kite tau makna stiap ayat, faham akan maksudnya dan sampaikan ayat itu dgn keikhlasan, sudah pasti orang yang mendengarnya akan merasai auranya..

Unknown said...

teruja la ngn video ni..

Encik Ariff said...

tazkirah di bulan ramadhan.
bgus2.

typical.girl said...

amin.

selamat berpuasa.

Alyn said...

Hahahaha lawak gila part bersin tuh alin igt.. semalam kot. ada makcik belakang bersin kuat gila terhentak jiwa, tekjut cheq Hahahaha,,

for today part nak tunduk amik sejadah org cuti macam nk tolak cari gdh tp rupa rupa nk salam. Heh

Yern Ain said...

Bujang susah:
Salam. Thanx :)


Besi:
InsyaAllah..



Heidi:
haah. tp kt ni mn nk fhm sgt bhs arab. nk blaja pn ambk bhs russia la mandarin la.. bhs arab x nk ambik.. huhuhu..




encik ariff:
heee. :)





LILO:
selamat berpuasa :)





Alin:
darl, i lg tkejut tym nk amik sejadah, ibu sorg ni mcm nk tolak org.. rupanya nk salam. hahaha.

vidadarisakura said...

bagusnya la anak ini.hee

Anonymous said...

betul2. stuju 100% dgn ape yg u tulis.

a said...

yern ainn,

agreed! :)
sedapnya suara sheikh tu.
huhuhu.

Yern Ain said...

vivi:
teeheee.. untung mama sy kn.. haha..


yobsumo:
thanx :)



shahrul:
thanx :)

yerp.. sungguh mantap bacaannya.. Subhanallah..

a said...

yernAin,
sesama.
subhanaAllah.