December 07, 2011

Azab & Syaitan ;

Dari Surah Ibrahim (14);


15. Dan mereka memohon diberi kemenangan dan binasalah semua orang yang berlaku sewenang-wenang lagi keras kepala,


16. Di hadapannya ada neraka Jahannam dan dia akan diberi minuman dengan air nanah,


17. Di teguk-teguknya (air nanah itu) dan dia hampir tidak bisa menelannya dan datanglah (bahaya) maut kepadanya dari segenap penjuru, tetapi dia tidak juga mati; dan di hadapannya (masih ada) azab yang berat. 


.....



22. Dan syaitan berkata ketika perkara (hisab) telah diselesaikan, "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan aku pun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya. Tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan (sekadar) aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku, tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku tidak dapat menolongmu, dan kamu pun tidak dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku (dengan Allah) sejak dahulu". Sungguh, orang yang zalim akan mendapat seksaan yang pedih.

December 05, 2011

October 28, 2011

3 Tanda Kemanisan Iman

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Ada tiga hal, yang jika tiga hal itu ada pada seseorang, maka dia akan berasakan manisnya iman. (Iaitu) Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya; mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah; benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan darinya, seperti bencinya jika dicampakkan ke dalam api.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik ra)


Mengikut Ibrahim al-Khawas , proses pembersihan hati berlaku melalui langkah-langkah berikut :
- Membaca al-Quran dengan merenungkan dan memahami maknanya.
- Qiyamullail .
- banyak beristighfar .
- Berkawan dengan orang yang jujur mencintai Allah dan orang salih.
- Kurangkan makan .

September 10, 2011

Isteri-isteri Rasulullah SAW (P3)

NAMA ISTERI KE 10

Shafiyah binti Huyay

SEBAB PERNIKAHAN


Strategi politik, demi kepentingan agama.

Beliau menjadi janda kerana suaminya dibunuh akibat berkhianat.

Beliau juga menjadi yatim kerana ayahnya dipancung akibat tetap ingin bermusuh dengan Nabi hingga akhir hayat.

HIKMAH PERNIKAHAN


Shafiyah menjadi tawanan dalam perang Khaibar, kemudian dimuliakan menjadi isteri Nabi.

Melalui pernikahan dengan cendikiawan Bani Nadhir ini, Rasulullah membuktikan bahawa permusuhan Islam dengan Yahudi bukan kerana sentimen perkauman tetapi kerana kedengkian Yahudi terhadap Islam.

KONFLIK RUMAH TANGGA

Ketika Rasulullah membawa Shafiyah ke Madinah daripada perang Khaibar, unta Rasulullah terpeleset, sehingga mereka berdua terjatuh. Wanita-wanita Madinah menunjukkan rasa tidak suka kepada Shafiyah, mereka berkata, “Semoga Allah menjauhi wanita Yahudi ini.” (HR Muslim)

Shafiyah berkata kepada Ibnu Umar, ‘Hingga saat itu tidak ada orang yang lebih aku benci daripada Rasulullah. Bagaimana tidak, beliau telah membunuh suami dan ayahku. Rasulullah tidak henti-henti meminta maaf kepadaku dan mengemukakan alasannya, hingga rasa benciku hilang.”

Setibanya di Madinah, Rasulullah tidak membawa Shafiyyah ke rumah salah seorang daripada isterinya sebaliknya menumpangkannya di rumah Haritsah bin Nu’man kerana baginda menghormati kecemburuan isteri-isteri baginda.

Menangis teresak-esak kerana diejek Hafsah sebagai anak Yahudi. Nabi  lalu memujuknya.

Ketika Nabi sakit, Shafiyah menunjukkan keprihatinannya dengan berkata ingin menanggung derita Nabi sehingga isteri-isteri Nabi menjuihkan bibir. (Diriwayat Ibnu Saad).

TEMPOH PENIKAHAN

7H
4 Tahun





NAMA ISTERI KE 11

Mariyah Al-Qibtiyah

SEBAB PERNIKAHAN

Menafkahi dan melindungi hamba daripada Mesir yang dihadiahkan oleh Muqauqis, Raja Mesir kepada Nabi.

HIKMAH PERNIKAHAN


Dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Ibrahim. Mariyah lalu dimerdekakan. Namun, usia anak kecil itu tidak panjang, hanya 19 bulan

KONFLIK RUMAH TANGGA


Aisyah dan Hafsah sangat cemburu kepadanya sehingga sering menyindir.

Kehamilan Mariyah menyemarakkan lagi api cemburu para isteri.

Nabi pernah mengajak Mariyah ke katil Hafsah ketika Hafsah tiada. Malangnya Hafsah terserempak dengan mereka. Dia sangat marah hingga Nabi bersumpah tidak akan menggauli Mariyah lagi.
Namun, Allah membatalkan sumpah itu.

Aisyah berkata“Aku tidak pernah cemburu kepada wanita kecuali kepada Mariyah kerana dia berparas cantik dan Rasulullah sangat tertarik kepadanya. Ketika pertama kali datang, Rasulullah menitipkannya di rumah Haritsah bin Nu’man al-Anshari, lalu dia menjadi tetangga kami. Akan tetapi, beliau sering kali di sana siang dan malam. Aku merasa sedih. Oleh kerana itu, Rasulullah memindahkannya ke kamar atas, tetapi beliau tetap mendatangi tempat itu. Sungguh itu lebih menyakitkan bagi kami.”

Di dalam riwayat lain dikatakan bahwa Aisyah berkata, “Allah memberinya anak, sementara kami tidak dikurniai anak seorang pun.”

Beberapa orang  munafik menuduh Mariyah telah melahirkan anak hasil perbuatan serong dengan Maburi, budak yang menemaninya dari Mesir dan kemudian menjadi pelayan bagi Mariyah. Akan tetapi, Allah membukakan kebenaran untuk diri Mariyah.

TEMPOH PENIKAHAN

7H
4 tahun







NAMA ISTERI KE 12
Maimunah binti Al-Harits

SEBAB PERNIKAHAN

Strategi politik demi kepentingan agama.

Melindungi dan menafkahi janda yang diceraikan suami kerana ke-Islamannya.

HIKMAH PERNIKAHAN

Tamparan kepada kaum musyrikin. Ke-Islaman Maimunah yang berani diisytiharkan secara terang-terangan mempengaruhi ramai penduduk Makkah yang lain.

Beliau menawarkan dirinya sendiri untuk dinikahi oleh Rasulullah ketika meletusnya perjanjian Hudaibiah. Ramai gadis yang menawarkan diri kepada Nabi namun semua ditolak baginda kecuali janda ini atas kepentingan agama.

Beliau adalah isteri Nabi yang terakhir. Selepas beliau, Allah melarang Nabi menambah lagi isteri.

Banyak meriwayatkan hadis.

KONFLIK RUMAH TANGGA


Seperti biasa, cemburu dan dicemburui.

TEMPOH PERNIKAHAN

7H
4 tahun



NAMA ISTERI KE 13

Raihanah binti Zaid

SEBAB PERNIKAHAN

Tawanan perang daripada bangsa Yahudi yang masuk Islam, dibebaskan dan dinikahi Nabi.

HIKMAH PERNIKAHAN

Terbelanya Surriyyah iaitu hamba yang disediakan tempat kediaman untuknya seperti mana Mariyah al-Qibtiyah. (Rujuk Mukhtar Al-Sihah.

KONFLIK RUMAH TANGGA


Seperti biasa, cemburu dan dicemburui.

TEMPOH PERNIKAHAN


Tidak direkodkan







NAMA ISTERI KE 14

Wanita daripada bangsa al-Ghifar

SEBAB PERNIKAHAN


Tidak dinyatakan

HIKMAH PERNIKAHAN

Perceraian itu suatu yang halal dalam Islam dan pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW namun ia tidak digalakkan.

Kadang kala perceraian menjadi ubat terbaik dalam masalah tertentu.

KONFLIK PERNIKAHAN


Ketika malam pertama, apabila wanita itu membuka baju, Rasulullah mendapatinya seorang yang berpenyakit kulit (seperti kusta).

Rasulullah lalu menyuruhnya menyarungkan kembali bajunya lalu Rasulullah menceraikannya. (Rujuk Fiqh Sunnah, Sayyid Sabiq.)

TEMPOH PENIKAHAN


1 malam


--------------------------------------------------

[1] Boleh rujuk buku Mahmud Al-Mishri, 35 Sirah Sahabiyah dan Kitab Rahiqul Makhtum. Untuk makluman, terdapat perbezaan pendapat dalam fakta tahun dan tempoh pernikahan.
[2] (Rujuk Nisaa ahlil bait, 533-534).

[3] Kata Abu Daud, “Yang dimaksudkan dengan ‘Engkau kuasai dan aku tidak menguasainya’ ialah hati. (HR Abu Daud, Tirmizi, Nasa’ie dan Ibnu Majah).




Sumber: Ustzh Fatimah Syarha Binti Hj Mohd Noordin

Isteri-isteri Rasulullah SAW (P2)

NAMA ISTERI KE 6

Ummu Salamah

SEBAB MENIKAH

Menafkahi dan melindungi janda yang kematian suami.

Suaminya mati akibat perang. Suaminya Abu Salamah cedera dalam peperangan Uhud kemudian meninggal dunia.

HIKMAH PERNIKAHAN


Banyak meriwayatkan hadis dan menjadi saksi dalam hidup baginda.

Kebijaksanaannya membawa berkat yang besar terutamanya dalam memberikan buah fikiran yang bernas kepada Nabi dalam peristiwa Hudaibiyah.

Ketika dipinang oleh Rasulullah, Ummu Salamah berkata, “Aku adalah wanita yang mudah cemburu. Aku takut rasa cemburu itu nanti akan menjadi sebab Allah murka padaku. Tambahan pula aku ini wanita yang sudah tua dan mempunyai ramai anak.” Rasulullah tetap memujuknya dan berjanji akan berdoa kepada Allah akan menghilangkan rasa cemburunya. Yakin dengan doa Rasulullah, Ummu Salamah lantas menerima  baginda. Hikmahnya, dia melihat sendiri betapa makbulnya doa Nabi.


KONFLIK RUMAH TANGGA


Seorang isteri yang cemburu dan suka memberi perhatian kepada anak-anaknya.

Hinggakan pada hari-hari awal pernikahan, Nabi berasa malu untuk tidur bersamanya kerana dibawanya sekali puterinya yang masih menyusu bersama ke tempat tidur.

Sering dicemburui oleh Aisyah.

TEMPOH PENIKAHAN

4H 7 tahun




 NAMA ISTERI KE 7

Zainab bt. Jahsy

SEBAB PERNIKAHAN

Perintah Allah.

HIKMAH PERNIKAHAN

Zainab  sejak  awal amat bercita-cita menjadi isteri Rasulullah.

Zainab menunjukkan pengorbanan agung apabila terpaksa rela menikahi lelaki yang tidak disukainya semata-mata mahu memenuhi perintah Rasul dan rencana Ilahi yang merancang sesuatu.

Suami Zainab yang pertama iaitu Zaid bin Haritsah adalah anak angkat Nabi dan dikenal sebagai Zaid bin Muhammad.

 Rasulullah sendiri meminang Zainab, si gadis bangsawan untuk Zaid, si pemuda miskin untuk menggugurkan perbezaan darjat di antara manusia.

Ketika rumah tangga mereka bergolak, Rasulullah menyuruh Zaid tetap bersabar dengan Zainab.

Hinggalah Allah menurunkan ketentuan-Nya agar Nabi menikahi Zainab selepas Zaid menceraikannya.

Hikmahnya, ia menghapuskan hukum anak angkat.

Beliau sangat pemurah hingga Nabi menjulukinya dengan gelaran ‘panjang tangan’ dan merupakan isteri yang paling cepat menyusuli kewafatan Nabi.

KONFLIK RUMAH TANGGA


Anas meriwayatkan, Zainab sering berbangga-bangga atas para isteri Rasulullah yang lain kerana dinikahi oleh Allah dari tujuh lapis langit.
Dia sering dicemburui. Aisyah berkata, “Dia (Zainab) adalah isteri Nabi SAW yang nyaris setara denganku dibandingkan dengan isteri-isteri yang lain)” (HR Bukhari).

Mengejek Shafiyah binti Huyay sebagai anak Yahudi sehingga Rasulullah marah kepadanya dalam tempoh yang agak lama.

TEMPOH PENIKAHAN


4H
7 tahun





NAMA ISTERI KE 8

Juwairiyah binti  Al-Harits

SEBAB PERNIKAHAN

Strategi politik untuk kepentingan agama.

HIKMAH PERNIKAHAN

Saat Rasulullah SAW mendapat tawanan wanita daripada Bani Mushthaliq, terdapat seorang janda bernama Juwairiyah binti al-Harith bin Abi Dhirar di tangan sepupunya. Lalu dia menemui Rasulullah SAW untuk meminta pertolongan.

Rasulullah SAW menawarkan diri untuk menikahi puteri pemimpin kaumnya itu. Juwairiyah bersetuju.

 Hasilnya, semua tawanan bani Mushthaliq menjadi kerabat Baginda dan menyebelahi perjuangan Baginda. Mereka lalu dibebaskan. Dakwah makin tersebar. Hal ini amat menguntungkan Islam.

KONFLIK RUMAH TANGGA

Aisyah berkata, “Demi Allah. Aku sangat membencinya saat aku melihatnya dari pintu rumah.” (Rujuk lebih lanjut dalam Sahih Muslim, hadis Urwah dari Aisyah). Lumrah isteri yang mencintai akan mencemburui.

Menyedari suaminya menikah lagi kerana kepentingan agama bukan kerana kepentingan nafsu, Aisyah r.ha. meredhai. Katanya, “Maka dibebaskan 100 orang keluarga Bani Mushthaliq kerana pernikahan Juwairiyah. Saya tidak pernah lihat ada wanita yang lebih besar berkatnya bagi kaumnya daripada dia.” (Diriwayatkan daripada Abu Daud dan Ahmad.)

TEMPOH PERNIKAHAN


5H
6 Tahun













NAMA ISTERI KE 9

Ummu Habibah, Ramlah binti Abu Sufyan

SEBAB PERNIKAHAN
Menafkahi dan melindungi janda yang suaminya murtad.

HIKMAH PERNIKAHAN

Memberi tamparan hebat kepada ayahnya yang ketika itu sangat kuat menentang Islam.

Membuktikan bahawa anak tidak menanggung dosa ayahnya.

Walaupun ayahnya seseorang yang memusuhi Islam, namun anak yang beriman tidak dikeji sekali sebaliknya dimuliakan sebagai isteri Nabi.

KONFLIK RUMAH TANGGA

Auf bin Harits mengatakan, Aisyah berkata, “Menjelang wafatnya, Ummu Habibah memanggilku sambil berkata, ‘Di antara kita pernah ada satu dua hal yang biasa terjadi antara sesama isteri yang dimadu. Aku memohon semoga Allah mengampuni segala kesalahanku dan kesalahanmu berkenaan hal itu.’

Ummu Habibah memanggil Ummu Salamah dan mengatakan hal yang sama.

TEMPOH PENIKAHAN


6H
5 Tahun

 

Isteri-isteri Rasulullah SAW (P1)

NAMA ISTERI PERTAMA

Khadijah Al-Khuwailid

SEBAB PERNIKAHAN

Rasulullah menerima Khadijah kerana akhlak dan agama.

Akhlak Khadijah mulia.

Agamanya fitrah lantaran sebelum Islam, dia sudah bencikan berhala secara fitrah sihat, sebagaimana Rasulullah.  Sepupunya Waraqah bin Naufal seorang ahli kitab yang jujur.

Rasulullah juga dapat melindungi janda yang kematian suami.

HIKMAH PERNIKAHAN

Rasulullah tidak pernah menduakan isteri pertama   ketika hayatnya.

Malah tidak mengambil hamba ketika hidup bersama Khadijah.

Khadijah r.ha. seorang isteri yang telah menunaikan segala kewajipannya.

Beliau mampu memberikan baginda keturunan.

Bersama baginda saat susah mahupun senang, ketika baginda diancam dan dipinggirkan.

Bukankah baginda menunjukkan contoh tidak menduakan isteri yang memiliki semua kualiti ini?

Rasulullah SAW tidak berpoligami pada saat anak-anak Baginda masih memerlukan perhatian dan didikan seorang ayah.

Baginda berpoligami saat anak-anak Baginda sudah besar dan mampu berdikari[2].

Rasulullah bermonogami selama 25 tahun.

Rasulullah sentiasa terkenang-kenangkan zaman monogaminya dengan Khadijah sehingga Aisyah cemburu walaupun Khadijah telah lama wafat.

Keluarga Rasulullah tidak mengalami konflik yang berat ketika berada dalam suasana monogomi.

Anak-anak baginda membesar dalam suasana ini. Sebaliknya sering tercetus konflik rumah tangga dalam suasana poligami.

Rasulullah SAW tidak pernah marahkan isteri ketika hanya mempunyai seorang isteri.

Sebaliknya sering teruji dengan tindakan-tindakan isteri yang lahir kerana cemburu dalam alam poligami hinggakan baginda pernah marahkan mereka dalam tempoh masa yang agak lama.

KONFLIK RUMAH TANGGA

Hampir tiada

TAHUN DAN TEMPOH PERNIKAHAN (MASEHI/HIJRAH)

595 M
25 Tahun





NAMA ISTERI KE 2

Saudah binti Zam’ah

SEBAB PERNIKAHAN

Menafkahi dan melindungi janda yang kematian suami.

Suaminya mati akibat banyak disiksa di Makkah kerana agamanya.

HIKMAH PERNIKAHAN


Saudah dinikahi bersama Aisyah pada waktu yang sama iaitu pada tahun 620M selepas wafatnya Khadijah.

Saudah bukanlah wanita yang menarik bahkan gemuk dan uzur.

Pernikahan ini membuktikan keikhlasan Nabi membela wanita bukan kerana nafsunya.

Rasulullah berpoligami setelah baginda berumur 53 tahun.

Rasulullah berpoligami hanya selama 10 tahun.

Rasulullah SAW sangat insaf pada keterbatasan manusia untuk berlaku adil sehinggakan apabila Baginda sudah berpoligami, Baginda tidak jemu-jemu merayu taubat dan mengadu pada Allah tentang keterbatasan itu.

Aisyah r.ha. berkata, “Rasulullah selalu membahagi giliran sesama isterinya dengan adil. Dan baginda pernah berdoa, ‘Ya Allah! Ini bahagianku yang dapat kukerjakan. Kerana itu, janganlah Engkau mencelaku tentang apa yang Engkau kuasai sedang aku tidak menguasainya.[3]”

 Lelaki bertakwa nyata takut mengambil mudah dalam poligami.

KONFLIK RUMAH TANGGA


Baginda pernah berniat ingin menceraikan Saudah r.ha kerana berlaku adil bukanlah satu hal yang senang.

Baginda takut pada persoalan Allah yang amat berat di akhirat.

Sehinggalah Saudah sanggup memberikan haknya kepada Aisyah r.ha. bagi memujuk Nabi membatalkan niatnya.

Maka turunlah ayat al-Quran tentang isteri yang takut suaminya berlaku nusyuz.[4]

TEMPOH PERNIKAHAN


13 Tahun







NAMA ISTERI KE 3

Aisyah bt. Abu Bakr

SEBAB PERNIKAHAN

Perintah langsung daripada Allah SWT selepas kewafatan Khadijah dengan menghadirkan Aisyah dalam mimpi baginda dalam beberapa malam.

HIKMAH PERNIKAHAN


Banyak meriwayatkan hadis dan menjadi saksi dalam hidup seharian baginda yang menjadi sumber hukum selepas al-Quran.

Rasulullah menikahi Saudah dan Aisyah pada masa yang sama. Cuma faktor umur Aisyah menyebabkan baginda menjemput Saudah terlebih dahulu untuk hidup bersama baginda.

Di sinilah bermulanya hidup berpoligami Rasulullah.

Hikmahnya, isteri-isteri baginda redha mereka akan hidup berpoligami sejak awal kerana Rasulullah ingin membela janda-janda yang suaminya syahid dalam perang, kerana agama. 

Rasulullah tidak pernah merahsiakan perkahwinannya daripada mana-mana isteri.

Pernikahan dengan Aisyah membawa hikmah yang besar apabila Aisyah muncul sebagai guru yang agung bagi umat manusia kesan mendapat didikan langsung daripada madrasah kenabian sejak kecil.

KONFLIK RUMAH TANGGA


Konflik dengan anak tiri. Aisyah r.ha bercerita, “Rasulullah SAW masuk ke rumahku dan baginda mendapatiku sedang menangis. Baginda bertanya, “Mengapa dinda menangis?” Aku menjawab, “Fatimah menghinaku.” Kemudiaan, Rasulullah mendamaikan mereka.

Anas menceritakan bahawa Aisyah dan Zainab bertengkar sehingga bersuara tinggi, padahal sudah terdengar azan solat. Abu Bakar melintasi dan terdengar suara pertengkaran mereka. Maka dia berkata, “Keluarlah wahai Rasulullah, dan taburkan tanah ke dalam mulut mereka”. Aisyah berkata, “Sekarang Nabi sedang solat.” Abu Bakar datang dan melakukan sesuatu terhadap Aisyah seraya mengecam dengan keras, “Kenapa kamu buat begini?” (HR. Muslim).

Pada suatu malam, Zainab datang ke rumah Aisyah. Pada masa itu, rumah-rumah belum diterangi lampu. Kemudian Nabi masuk lalu menghulurkan tangannya kepada Zainab tanpa sengaja. Aisyah terus berkata, “Itu Zainab!” Nabi segera menarik tangannya.

Aisyah sangat cemburukan madunya Zainab binti Jahsi, dia berkata, “Beliau (Rasulullah) berada di sana melebihi waktu saya maka saya cemburu.” Aisyah kemudiannya berunding dengan Hafshah merancang satu komplot. Siapa saja isteri Nabi yang didatangi baginda, beliau harus mengatakan, “Sesungguhnya aku mencium bau maghafir (makanan yang baunya tidak enak) padamu, adakah engkau baru habis minum maghafir?” Maka setiap isteri yang diziarahi baginda, mereka akan bertanyakan soalan yang sama. Nabi berkata, “Saya tadi minum madu di rumah Zainab dan saya tidak akan mengulanginya lagi.” Maka turunlah ayat Allah: (At-Tahrim: 1-4) menegur pakatan bohong ini.

Aisyah menceritakan, “Suatu ketika Rasulullah SAW berkata kepadaku, ‘Sesungguhnya kanda tahu bila dinda sedang senang kepada kanda dan bila dinda sedang marah.’ Aku bertanya, ‘Bagaimana kanda tahu?’ Baginda menjawab, ‘Jika dinda sedang senang kepada kanda, maka dinda akan mengatakan, demi Tuhan Muhammad! Tapi jika dinda sedang marah, dinda akan mengatakan, tidak, demi Tuhan Ibrahim! Aisyah berkata, ‘Itu benar. Demi Allah! Dinda hanya mampu menjauhi namamu.’” (Muttafaqun Alaih).

Aisyah menyelitkan kakinya antara daun-daun idzkir lalu berkata, “Ya Tuhanku, suruhlah kala jengking dan ular menggigitku. Rasul-Mu, entah apa yang dilakukannya, sedangkan aku tidak mampu berkata apa-apa.

Mengejek Hafsah di hadapan Rasulullah.


Aisyah mengikuti Rasulullah SAW dalam perang Musthaliq setelah undian. Sepulangnya beliau daripada perang ini, beliau telah mendapat ujian berat berupa fitnah tentang perlakuan sumbang namun akhirnya kesuciannya dibela oleh Allah SWT.

TEMPOH PERNIKAHAN


620M 13 tahun







NAMA ISTERI KE 4

Hafsah binti Umar

SEBAB PERNIKAHAN


Menafkahi dan melindungi janda yang kematian suami. Suaminya mati akibat perang. Hafsah terpaksa menjanda dalam usia muda iaitu 18 tahun kerana suaminya yang cedera parah dalam perang Uhud meninggal di Madinah.

HIKMAH PERNIKAHAN


Meriwayatkan hadis dan menjadi saksi dalam hidup seharian baginda.

Diberi kepercayaan memelihara dan menyimpan al-Quran ketika pemerintahan khalifah Abu Bakar.

Perceraiannya dengan Rasulullah menunjukkan bahawa perceraian itu suatu yang halal dalam Islam. Namun ia tidaklah pula   digalakkan.

Ketaatannya kepada Allah mendorong Jibril mengarahkan Nabi merujuknya kembali.

Jibril mengatakan bahawa Hafsah seorang wanita berpendirian teguh dan bakal menjadi bidadari untuk Rasulullah di syurga. Ia menunjukkan hikmah yang besar tentang keadilan Allah SWT.

KONFLIK RUMAH TANGGA

Suka berpakat dan kadang kala bersaing dengan Aisyah dalam merebut cinta Nabi.

Hafsah pernah membuka rahsia Rasulullah SAW kepada Aisyah kerana cemburu melihat Rasulullah  SAW sukakan seorang hamba bernama Mariah al-Qibtiyah dan kerap menggaulinya.

Detik yang paling gelap dalam hidup Hafsah ialah apabila diceraikan Nabi talak satu.

TEMPOH PENIKAHAN


625M/3 H
8 tahun








NAMA ISTERI KE 5

Zainab bt. Khuzaimah

SEBAB PERNIKAHAN

Menafkahi dan melindungi janda yang kematian suami. Suaminya mati akibat perang.

HIKMAH PERNIKAHAN


Menunjukkan contoh banyak beralah.

Beliau tidak mahu menyaingi Aisyah dan Hafsah kerana beliau sedar kedudukan mereka tinggi di hati Nabi.

Lagipun, beliau sedar Nabi menikahinya untuk kemaslahatan dirinya, bukan untuk kepentingan diri Nabi.

 Maka, beliau tidak mahu membebankan Nabi dengan cemburunya yang memang ada.

KONFLIK RUMAH TANGGA


Hampir tiada lantaran singkatnya masa bersama Nabi.

Ujian cemburu tetap lumrah bagi isteri yang dimadukan.

TEMPOH PENIKAHAN

4H
2 bulan






















August 17, 2011

Iktibar

Kisah ini saya copy dari sebuah forum.
Bukan hak cipta sendiri. Harap maklum.


Pengalaman seorang Jurumandi Mayat Daerah Gombak, Selangor.
Kisah benar ini diceritakan oleh Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz.

Ia berlaku di kawasan daerah Gombak di mana jurumandi memandikan jenazah yang agak kaya orangnya dan berpengaruh. Begini ceritanya :-

Saya telah terlibat dalam pengurusan jenazah lebih daripada 20 tahun. Pelbagai pengalaman telah saya lalui kerana dalam tempoh itu bermacam-macam jenis mayat yang telah saya uruskan. Ada yang meninggal dunia akibat kemalangan, sakit tua, sakit jantung, bunuh diri dan sebagainya. Bagaimanapun, pengalaman menguruskan satu jenazah di sebuah tempat di sempadan Selangor dan Wilayah Persekutuan beberapa tahun yang lalu, telah mendedahkan saya kepada satu kes yang cukup ‘istimewa’ sepanjang pengalaman saya menguruskan jenazah. Inilah kali pertama saya bertemu dengan satu jenazah yang cukup aneh, menyedihkan, menakutkan dan sekali gus menberikan banyak iktibar.

Peristiwa tersebut berlaku dua hari lagi sebelum pilihanraya di Serkam, Melaka. Nama tempat dan nama orang yang meninggal itu tidaklah dapat saya nyatakan di sini. Ia terjadi secara kebetulan ketika saya diminta oleh anak Allahyarham menguruskan jenazah bapanya. Pada hari itu, saya pergi ke rumah seorang sahabat untuk mengubatkan mata ibunya bagi kali yang terakhir. Niat saya ialah supaya mata ibu tadi sembuh dan boleh membaca Al-Quran. Tetapi apabila saya hendak pulang, anak Allahyarham datang menemui sahabat saya tadi dan bertanya sama ada saya mengurus jenazah atau tidak. Kawan saya kata, “Cubalah tanya dia sendiri.” Kawan saya ada memberitahu saya dua bulan yang lepas bahawa saya sahaja yang mengadakan kursus dalam hal menguruskan jenazah. Anak Allahyarham menemui saya. Saya beritahu dia bahawa jenazah tidak elok dibiarkan lama-lama.

Saya terus pergi ke rumahnya. Tapi bila saya hampir sampai ke rumah Allahyarham, saya bau jenazah itu sangat busuk. Baunya cukup pelik dan busuk. Saya telah menguruskan banyak jenazah tetapi tidak pernah saya bertemu dengan mayat yang sebusuk ini.Bila saya tengok wajah Allahyarham, sekali lagi hati saya tersentuh. Saya tengok wajahnya seperti sedang dirundung oleh bermacam-macam perasaaan…takut, cemas, kesal dan bermacam-macam lagi. Wajahnya seperti tidak mendapat nur daripada Allah SWT. Kemudian saya pun ambil kain kafan yang dibeli oleh anak Allahyarham dan saya potong-potongkan. Secara kebetulan pula, di situ ada dua orang yang mengikuti kursus pengurusan jenazah yang pernah saya jalankan. Saya ajak mereka membantu saya dan mereka bersetuju. Tetapi semasa memandikan mayat itu, peristiwa pertama berlaku. Untuk makluman pembaca, apabila memandikan jenazah, badan mayat itu perlu dibangunkan sedikit dan perutnya hendaklah diurut urut untuk membolehkan najis keluar. Maka saya pun urut urutkan perut Allahyarham. Tapi apa yang berlaku pada hari itu amatlah mengejutkan. Allah itu Maha Berkuasa kerana pada hari tersebut, najis tidak keluar daripada dubur mayat tadi tetapi melalui mulutnya. “Lain macam saja ni”, fikir saya. Lalu saya ubah sedikit teknik dan posisi mayat itu dan saya urut-urutkan lagi perutnya. Tapi najis itu tetap keluar dari mulutnya. Hati saya berdebar-debar. Apa yang sedang berlaku di depan saya ini? Telah dua kali mulut mayat ini memuntahkan najis. Saya harap ia tidak akan berulang lagi kerana saya mahu mengurut perutnya bagi kali yang terakhir. Tiba-tiba ketentuan Allah berlaku. Bila saya urut perutnya, keluarlah daripada mulut mayat itu najis bersama beberapa ekor ulat yang masih hidup. Ulat itu adalah seperti ulat najis. Warnanya putih. Dari mana datangnya ulat itu, jangan tanya saya.

Allahyarham meninggal dunia akibat diserang sakit jantung dan waktu kematiannya dengan waktu saya menguruskan mayatnya cuma lima jam setengah sahaja jaraknya. Aneh, bagaimana dalam tempoh yang sebegitu singkat mayatnya boleh menjadi sedemikian rupa? Saya lihat wajah anak Allahyarham. Mereka seperti terkejut. Mungkin malu, terperanjat dan aib dengan apa yang berlaku pada bapa mereka. Saya tengok dua orang pembantu tadi, mereka juga terkejutdan panik. Lalu saya bacakan doa untuk mengelakkan badi mayat dan sapukan ke muka mereka. Saya kata kepada mereka, “Inilah ujian Allah kepada kita”. Kemudian saya minta salah seorang daripada pembantu tadi memanggil kesemua anak Allahyarham. Allahyarham pada dasarnya seorang yang beruntung kerana mempunyai tujuh orang anak, dan semuanya lelaki. Seorang berada di luar negeri dan enam lagi berada di sini. Bila semua anak Allahyarham masuk, saya marahi mereka. Saya mengingatkan mereka bahawa tanggungjawab saya hanyalah membantu menguruskan jenazah bapa mereka, bukan menguruskan sepenuhnya tanggungjawab tersebut. Sepatutnya sebagai anak, merekalah yang lebih afdal menguruskan jenazah bapa mereka itu, bukannya tok imam, tok bilal, tok siak. Saya kata, mungkin satu masa dahulu ibu mereka sibuk maka Allahyarham pernah memandikan mereka. Itulah jasa dan pengorbanan seorang bapa. Tetapi saya kesal kerana dalam saat-saat begini anak-anak Allahyarham tidak langsung hendak membalas jasa bapa mereka itu.

Saya kemudiannya meminta izin serta bantuan mereka untuk menonggengkan mayat itu. Takdir Allah, apabila ditonggengkan sahaja mayat tersebut, tiba-tiba keluarlah ulat-ulat yang masih hidup. Hampir sebesen banyaknya. Besen itu boleh dianggarkan besar sedikit daripada penutup bilah kipas meja. Subhanallah….suasana menjadi semakin panik. Saya terus bertenang dan berharap tidak berlaku lagi kejadian-kejadian yang lebih ganjil. Selepas itu saya mandikan semula mayat tersebut dan saya ambilkan wuduk. Saya minta anak-anaknya mengambil kain kafan. Saya bawa mayat tersebut ke dalam biliknya dan tidak diizinkan seorang pun melihat upacara itu kecuali waris yang terdekat, sebab saya takut perkara-perkara yang lebih aib akan berlaku.

Takdir Allah jua yang menentukan. Apabila mayat ini diletakkan di atas kain kafan, saya dapati kain kafan itu cukup-cukup memarasi hujung kepala dan kakinya, tidak ada lebih. Maka saya tak boleh nak ikat kepala dan kakinya. Tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa kain kafan itu seperti tidak mahu menerima mayat tadi. Tidak apalah, mungkin saya yang silap semasa memotongnya. Lalu saya ambil baki kain, saya potongkan dan tampungkan di tempat-tempat yang kurang. Memang kain kafan jenazah itu jadi tidak berapa elok, tetapi apa nak buat Itu sahaja yang boleh saya lakukan. Pada masa yang sama saya berdoa kepada Allah, “Ya Allah, jangan Kau hinakan jenazah ini ya Allah, cukuplah sekadar peringatan kepada hambamu ini”. Selepas itu saya berikan taklimat tentang sembayang jenazah. Tiga kali taklimat diberikan. Yang hadir cuma 13 orang saja.

Selepas menyembahyangkan jenazah tadi, satu lagi masalah timbul. Jenazah itu tidak dapat dihantarkan ke tanah perkuburan kerana tidak ada kereta jenazah. Saya hubungi JAWI, JAIS, Pusat Islam, DBKL, Polis dan sebagainya, tetapi yang peliknya, mereka juga tidak mempunyai kereta jenazah kerana kereta yang ada sedang digunakan. Dalam keadaan itu, seorang hamba Allah muncul menawarkan bantuan. Lelaki itu meminta saya menunggu sebentar untuk membolehkan dia mengeluarkan van dari garaj rumahnya. Kemudian muncullah sebuah van. Tapi ketika dia sedang mencari tempat untuk meletakkan vannya itu di kawasan rumah Allahyarham, tiba-tiba isterinya keluar. Dengan suara yang tegas dia berkata di khalayak ramai, “Abang, saya tak benarkan kereta saya ini digunakan untuk mengangkat jenazah itu sebab semasa hayatnya dia tidak pernah benarkan kita naik keretanya”. Renungkanlah, kalau tidak ada apa-apa sebab, tidak mungkin seorang wanita yang lembut hatinya akan berkata demikian. Jadi saya suruh tuan punya van itu membawa vannya balik. Selepas itu muncul pula seorang lelaki menawarkan bantuannya. Lelaki itu mendakwa dia adalah anak murid saya. Dia meminta izin daripada saya dalam 10-15 minit untuk membersihkan keretanya itu. Dalam jangka waktu yang ditetapkan itu, muncul kereta tersebut. Tetapi dalam keadaan yang basah kuyup. Kereta yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah sebuah lori, dan lori itu digunakan oleh lelaki tadi untuk menjual ayam. Renungkanlah, pernahkan kita melihat satu jenazah dibawa ke kubur dengan lori ayam? Dalam perjalanan menuju ke kawasan perkuburan, saya berpesan kepada dua pembantu tadi supaya ahli masyarakat tidak payah membantu kami menguburkan jenazah tadi. Saya suruh mereka pergi kubur saudara mara dan sahabat mereka, itu lebih baik. Saya tidak mahu mereka melihat apa-apa lagi peristiwa ganjil. Rupanya apa yang saya takutkan itu berlaku sekali lagi – takdir Allah yang terakhir amat memilukan. Bila sampai sahaja jenazah tersebut ke kuburnya, saya perintahkan tiga orang anaknya turun ke dalam liang lahad dan tiga lagi turunkan jenazah. Takdir Allah, apabila jasad jenazah itu mencecah sahaja ke bumi, tiba tiba air hitam yang busuk baunya keluar dari celah-celah bumi yang pada asalnya kering. Hari itu tidak hujan, tetapi dari mana datangnya air itu? Sukar untuk saya menjawabnya. Lalu saya arahkan anak Allahyarham supaya sendaikan jenazah bapa mereka dengan kemas. Saya takut nanti ia akan terlangkup….na’uzubillah. Kalau mayat terlangkup, tidak ada harapan untuk mendapat syafaat Nabi saw.

Papan keranda diturunkan dan kami segera kambus kubur tersebut. Selepas itu kami injak-injakkan tanah supaya mampat dan bila hujan ia tidak mendap. Tapi sungguh menyayukan, saya perhatikan tanah yang diinjak itu menjadi becak. Saya tahu, jenazah berkenaan ditenggelamkan oleh air hitam yang busuk itu. Melihatkan keadaan tersebut, saya arahkan anak-anak Allahyarham supaya berhenti menginjakkan tanah itu. Tinggalkan dalam suku meter, timbus dan bataskan. Ertinya kubur itu tidak dikambus hingga ke permukaan lubangnya, tetapi ia seperti kubur berlubang. Tidak cukup dengan itu, apabila saya hendak membacakan talkin, saya tengok tanah yang diinjak itu ada kesan serapan air. Masya-Allah, dalam sejarah hidup saya, inilah julung-julung kalinya peristiwa seperti itu terjadi. Melihatkan keadaan itu, saya mengambil keputusan untuk menyelesaikan pengebumian secepat mungkin. Sejak sekian lama terlibat dalam pengurusan jenazah, inilah mayat yang saya tidak talkinkan. Saya cuma bacakan tahlil dan doa yang paling ringkas. Setelah itu saya pulang ke rumah Allahyarham dan himpunkan keluarganya. Saya bertanya kepada isteri Allahyarham, apakah yang telah dilakukan oleh Allahyarham semasa hayatnya. Adakah dia pernah menzalimi orang alim, mendapat harta secara merampas, menipu rasuah, memakan harta masjid dan anak yatim? Isteri allahyarham tidak dapat memberikan jawapan. Memikirkan mungkin dia malu untuk memberitahu, saya tinggalkan nombor telefon rumah saya. Tetapi sedihnya, sehingga sekarang tidak seorang pun anak-anak Allahyarham menghubungi saya.

Untuk pengetahuan umum, anak-anak Allahyarham merupakan orang-orang yang berpendidikan tinggi sehingga ada seorang yang beristerikan orang Amerika, seorang dapat isteri orang Australia dan seorang lagi isterinya orang Jepun. Saya bertambah sedih apabila dua orang yang membantu saya menguruskan jenazah tadi menelefon saya. Mereka kata mereka menyesal membantu saya menguruskan jenazah Allahyarham kerana anak-anak Allahyarham telah menjadikan mereka sebagai musuh. Saya bertanya, adakah mereka menceritakan kisah itu kepada masyarakat? Mereka kata ‘TIDAK’. Peristiwa ini akan tetap saya ingat sampai bila-bila. Kepada masyarakat, tanyalah diri kita adakah kita mahu peristiwa itu terjadi pada diri kita sendiri, ibu bapa kita, anak kita atau kaum keluarga kita? Adakah kita mahu peristiwa ini berlaku berulang-ulang kali sehingga sampai satu masa nanti di mana masyarakat menganggap peristiwa ini sebagai perkara biasa?

August 07, 2011

4 Penderitaan Manusia.

1. Penderitaan sewaktu mati
Mati ini kita tidak boleh ukur pada pandangan lahir semata-mata. Kalau di ukur secara lahir, kadang-kala orang berkata, "Si Polan itu nampaknya senang matinya, bagus matinya, nampak elok sahaja, mudah sahaja," itu kata kita yang menilai lahirnya sahaja sedangkan di waktu itu dia sudah berada di alam lain, bukan di alam kita. Kita tidak boleh mengukur alam syahadah dengan alam lain. Penderitaan yang dihadapi oleh orang yang hendak mati bukan kita tahu.

Rasulullah SAW pernah berkata bahawa orang yang mati dalam penderitaan itu ada tanda-tandanya, di antaranya ialah:
- mata terbeliak
- telinga kembang
- berbunyi macam kerbau berdengkur

Itulah di antara ciri-ciri orang yang mati di dalam azab. Jadi orang yang gagal ujian Tuhan walau dia kaya sekalipun, hidup senang, dilayan istimewa, tidak pernah susah hanya sekitar 50 tahun, tapi selepas itu tetap tidak akan terlepas daripada penderitaan mati. Itu nisbah seorang yang kaya raya, kita tidak cakap tentang orang biasa, yang kadangkala susah, kadangkala senang hidupnya. Ini kita cakap tentang orang yang 50 tahun hidup dengan penuh istimewa sungguh, dunianya syurga, tidak pernah sakit, tidak pernah susah tidak pernah orang kata, tidak pernah orang hasad dengki. Tapi bila gagal menjalani ujian Tuhan, selepas itu yang pertama dihadapi adalah penderitaan mati.

Hadis juga ada menceritakan sakit mati itu bagaikan 300 tetakan pedang. Bayangkan kalau sekali orang sembelih kita, walaupun kita tidak pernah alami, tentu terasa sakitnya, sedangkan sakit mati itu ialah 300 kali ganda. Walaupun nampak macam sekejap sahaja hilang nyawa tapi sebenarnya macam dapat 300 tetakan.

2. Penderitaan di alam kubur
Sewaktu di tanam, Hadis mengatakan, apabila orang yang mengiringi jenazah sudah balik, setelah tujuh langkah bermulalah penderitaan kubur. Pertama kejahatan kita itu dilembagakan. Kerana busuknya kalaulah tercium, orang di dunia boleh mati, bahkan akan mati makhluk seluruh dunia. Kemudian orang yang mati itu akan bertanya, "Kau siapa?" Lembaga itu akan menjawab, "Aku ini kejahatan engkau." Lepas itu barulah malaikat datang, bertanya pula, bila tidak dapat jawab, disebat hingga terperosok ke dalam tanah 70 hasta, setiap kali ditanya dan tidak boleh jawab malaikat akan sebat dan terperosok lagi sampailah kiamat, apakah mampu menanggung azab itu?

3. Penderitaan Padang Mahsyar
Antara penderitaan Padang Mahsyar, bagi orang jahat, matahari berada di atas ubun-ubun. Kerana banyaknya manusia di Padang Mahsyar, dalam Quran diceritakan betis-betis bertindih macam rokok dalam kotaknya, rapat, padat, ketat. Tuhan biarkan beratus tahun dalam keadaan begitu hingga peluh keluar dan manusia tenggelam dalam peluhnya. Sanggupkah?

4. Penderitaan Neraka
Penderitaan paling dahsyat adalah Neraka. Manusia nanti kena meniti Siratal Mustaqim. Orang yang jahat akan jatuh ke Neraka. Penderitaan Neraka di antaranya; kaki dengan tangan diikat, dicantum pada tengkok dan dibelenggu. Api membakar, menyala, panasnya 90 kali ganda api yang ada di dunia. Api yang paling kuat di dunia dianggap satu, di Neraka ditambah power 90 kali ganda lagi panas, apakah larat? Disebat setiap hari oleh malaikat, bila lapar diberi makan zakum, iaitu bara api Neraka. Apakah larat? Bagi orang kafir, kekal selamanya dalam Neraka, bagi orang Islam yang buat dosa, tidak kekal, tapi mungkin sejuta tahun, 3000 tahun, seribu tahun. Apakah larat?

Jadi orang yang waktu hidup di dunia tidak ikut disiplin Tuhan kemudian dia tidak tahan diuji Tuhan, maka ada empat penderitaan tadi yang akan ditempuh. Oleh itu kalaulah orang tahu hakikat ini, maka kerana Tuhan, susah di dunia pun tidak mengapa. Kesusahan 50 tahun di dunia tidak sama dengan susah yang empat jenis tadi itu. Di dunia ujian paling susah mungkin kena langgar kereta dan mati, jatuh ke laut, mati lemas, sakit kuat lalu mati. Tapi tidaklah tersiksa sangat berbanding dengan kesusahan di Akhirat nanti. Sebab itulah tidak pelik mengapa Tuhan sebut tentang Akhirat dahulu baru dunia.

Cuba kita lihat realiti yang berlaku hari ini, bila disebut antara dunia dan Akhirat, manusia lebih cenderung untuk memikirkan tentang yang dekat iaitu dunia berbanding Akhirat yang jauh. Lebih mengambil berat tentang dunia berbanding Akhirat. Ertinya kalau nisbah dunia dan Akhirat kita fikir yang dekat iaitu dunia. Tapi kalau di antara dunia dengan dunia kita tidak fikir yang dekat, kita fikir jauh. Di dunia seseorang itu akan fikir untuk masa depannya, sanggup belajar jauh di luar negara, jual tanah, jual aset, dan berfikir biar susah dahulu asalkan senang kemudian.

Nisbah kehidupan di dunia, manusia cenderung untuk fikir yang jauh, tidak fikir yang dekat, tapi nisbah Akhirat dia tidak fikir yang jauh, padahal itu lagi berat. Akhirat lagi utama kerana ia kekal selama-lamanya. Untuk masa depan di dunia orang sanggup susah payah belajar, ambil PhD di Amerika, pinjam duit merata-rata, tapi tidak mengapa susah dahulu, nanti senang kemudian. Pandai pula berfikir susah dahulu senang kemudian. Mengapa tidak buat untuk Akhirat begitu?

Kredit dari hamba Allah.

August 05, 2011

SSF (Solat super fast)

“Sejahat-jahat pencuri adalah orang yang mencuri dalam solatnya. Para sahabat bertanya : “Wahai Rasulullah, bagaimana ia mencuri dalam solatnya?” Baginda menjawab : “Ia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya.” (HR Ahmad).

Suatu hari, selesai solat berjamaah, Rasulullah duduk bersama para sahabatnya di salah satu sudut masjid.

Tiba-tiba datang seorang laki-laki ke sebuah sudut lain dan langsung mengerjakan solat sendirian. Dalam solatnya orang itu ruku dan sujud dengan cara seperti mematuk-matuk (sekejap-sekejap) karena terburu-buru.

Melihat hal itu, kemudian Rasulullah berkata kepada para sahabatnya :

“Apakah kalian menyaksikan orang ini?
Barang siapa meninggal dalam keadaan [solatnya] seperti ini, maka ia meninggal di luar agama Muhammad”
Nabi Saw kemudian memperumpamakan orang itu seperti burung gagak yang sedang mematuk darah dan seperti orang lapar yang hanya makan sebutir atau dua butir kurma.

”Bagaimana ia boleh kenyang?” , tanya baginda.

Allah bahkan mengancam orang-orang yang solatnya seperti itu dengan kutukan bahawa mereka akan celaka. Sebabnya, dengan meninggalkan thoma'ninah, mereka sudah lalai dalam solat (QS Al-Ma'un: 4).

Mengapa Allah dan Nabi saw mencela dan mengancam perbuatan itu, sampai disamakan dengan mencuri?

Sebab, solat adalah hubungan batin antara hamba dan Tuhannya. Hubungan khusus itu mengandung makna penghambaan dan penghormatan kepada Pemilik kehidupan, Allah yang Maha Agung.

Membuang thoma'ninah merupakan bukti bahwa orang yang melakukan solat itu tidak sungguh-sungguh dalam melakukan penghormatan terhadap Allah, bahkan hal itu juga termasuk penghinaan.

Dalam hubungan antara sesama manusia saja terdapat budaya sopan santun, terutama terhadap yang lebih tinggi kemuliaannya. Justeru, apatah lagi terhadap Allah yang telah memberikan kepada manusia segala kenikmatan dalam kehidupannya.

Sumber : ttp://ustaznaim.blogspot.com/2010/09/mencuri-dalam-sembahyang.html

July 31, 2011

Perkongsian

Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.

beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.

"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir.

Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...

Credit kepada hamba Allah.

July 29, 2011

Mutiara kata #1

Jangan katakan
Umur masih muda
Masih bnyak kesempatan
Tetapi renungkanlah
Ramai anak kecil yang dikuburkan.....

(syair arab)

July 28, 2011

Kesilapan Kerap Muslim di Bulan Ramadhan

Oleh

Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112). Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam . Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain . Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam. Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih . Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih . Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah . Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat . Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur . Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat . Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka . Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-

Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

July 25, 2011

The re-born feeling #3

"Antara taubat yang tidak diterima Allah, apabila kita menceritakan semula dosa-dosa yg kita lakukan,sedangkan Allah sudah menutupnya dari pengetahuan orang lain."

Indahnya di mata melihat fashion-fashion muslimah zaman sekarang.
Sungguh, yang cantik itu menyenangkan.
Sungguh, Islam tidak melarang kita selagi tidak melampaui batas.


Persoalannya, adakah kita masih di dalam batas tersebut?
Persoalannya, bukankah dengan fashion, ia sekaligus meningkatkan sifat riak dan takbur?
Persoalannya, dengan berfashion (yang melebih) maka kita akan terlihat lebih outstanding. Sedangkan Islam menganjurkan modesty.

Sungguh, jauhilah kita dari sifat-sifat yang boleh menjurus ke arah fitnah.
Sungguh, up-to-date atau down-to-date, Allah tak kisah.
Sungguh, berhentilah melakukan atau memakai sesuatu sekiranya kita mendambakan penghargaan dan pujian dari orang lain. Kita lakukan sesuatu biarlah ikhlas kerana Allah.

Persoalan saya yang paling besar, adakah fashion membantu dalam perkembangan Islam?