June 29, 2011

The re-born feeling. #1

Selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad SAW.

Susah untuk berubah ke arah kebaikan, senang untuk berubah ke arah keburukan.
Iman turun naik, untuk istiqamah memerlukan pengorbanan.
Tapi, di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Kenapa kita boleh berusaha bersungguh-sungguh untuk dapatkan good grades,
tapi kita berat sangat untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk 'the life hereafter'?
Sedangkan itu lah kehidupan yang kekal abadi.

*monolog dalaman*

Bisikan syaitan untuk terus mengamalkan kehidupan jahiliah tu masih ada.
Bisikan syaitan untuk terus mendedahkan aurat tu masih ada.
Bisikan syaitan untuk terus melengahkan solat tu masih ada.
Bisikan syaitan untuk terus mengata yang tidak-tidak tu masih ada.

Syaitan memang menjalankan tugasnya menyesatkan manusia tanpa henti. Tanpa lelah. Kau give up, boleh x?
'Never Say Never' kata syaitan. - -"
Memang tu la sumpah dia dari zaman Nabi Adam A.S

Kita?
Apa pula tugas kita?
Sebagai khalifah dibumi Allah, tugas kita sangatlah banyak.
Pertama, bersyukur.

Bersyukur atas nafas kita hingga ke hari ini,
Bersyukur atas lahirnya kita dalam agama ini,
Bersyukur kita masih mempunyai bumbung, berlantaikan cement,
Bersyukur kita masih dapat menikmati makanan yang lazat, (nasi briyani, froyo, ferrero rocher etc etc) ;p
Bersyukur dengan ability to do works,
Bersyukur dengan rahmat dan rezeki yang Allah bagi.
Bersyukur lah wahai manusia.
Dan kalau kita bersyukur, kita buat apa murid-murid sekalian?

Kita panjatkan doa dan berterima kasih kepadaNya.
Cuba bayangkan, kalau malas bayangkan, buat practical pun boleh.

Jangan makan untuk dua hari. Dua hari sahaja. Tak banyak pun.
Hari ni dan esok.
Sure dan dijamin dan confirm!
Twitter: "Dua hari dah ni tak makan! Helpppp!"
Facebook: "Lapar gila baby! Nak melantak sampai lebam lepas ni"

Baru dua hari. Baaarruuuu dua hari.
Cuba bayangkan nasib-nasib mereka yang tidak bernasib baik.
Bukan setakat dua hari, berhari-hari-hari tak makan.
Tapi dorang tidak bernasib baik untuk post status Fb/Twitter macam tu.
Sebab line telefon/internet pun tiada. :(

Saya menasihati diri saya sendiri untuk kurangkan mengeluh, sebab ingat lah. Ada lagi yang tidak bernasib baik. Kita sangat-sangat beruntung ya tuan-puan sekalian.

Dan bersyukurlah,
Jika sifat bersyukur masih ada dalam diri kita.


"Therefore, remember Me (by praying, glorifying). I will remember you, and be grateful to Me (for My countless Favours on you) and never be ungrateful to Me.'' (2:152)

June 26, 2011

Dunia.

Kisah ini berlaku sewaktu aku di Madinah. Suatu hari aku berjalan melalui pasar. Sebaik saja muazzin melaungkan azan, aku terlihat seorang wanita. Wanita itu ganjil cantiknya. Dia berpaling kepadaku seolah-olah tahu bahawa aku merenungnya. Malah dia memberikanku anggukan kecil penuh bermakna sebelum wanita itu berpusing di satu sudut menuju ke lorong penjual sutera.


Bagaikan terkena panahan halilintar, aku serta-merta tertarik, hatiku terpukau dengan wanita itu. Dalam kepayahan aku berdebat dengan hatiku, memberikan satu demi satu alasan untuk meneruskan langkahku ke masjid memandangkan masanya telah tiba untuk solat, namun perdebatan ternyata gagal. Aku memutuskan untuk mengikut wanita tersebut.


Aku bergegas mengejar wanita itu, nafasku pantas dan mengah manakala wanita itu tanpa disangka mempercepatkan langkahnya. Dia telah berada jauh beberapa kedai di hadapan. Dia memaling wajahnya seketika padaku, terasa kudapat melihat cahaya senyuman nakal wanita itu dibalik purdah hitamnya. "Adakah ini khayalanku sahaja?" bisik hatiku. Akalku seolah-olah tidak berfungsi pada waktu itu.


"Siapakah wanita itu?"


Aku memantaskan langkahku dan memasuki lorong dimana wanita itu dilihatku masuk. Dan seterusnya wanita itu mengimbau aku, sentiasa dihadapan, masih tidak dapat dikejar, semakin jauh dan jauh dari mana kami mula-mula bersua. Perasaanku tambah membuak.


"Adakah wanita itu orang gila?"


Semakin jauh nampaknya wanita itu berjalan hingga ke penghujung bandar. Mentari turun dan tenggelam, dan wanita tersebut masih berada jauh di hadapanku. Sekarang, kami berada di tempat yang tidak disangka, sebuah perkuburan lama.


Kalaulah aku siuman seperti biasa, pasti aku akan merasa gementar, tapi aku terfikir, tempat yang lebih ganjil dari ini biasa dijadikan tempat pasangan kekasih memadu asmara. Dalam 60 langkah di antara kami aku melihat wanita itu memandang ke arahku, menunjuk arah, kemudian turun ke tangga dan melalui pintu bangunan sebuah kubur tua.


Kalaulah aku tidak diamuk senyuman wanita itu tadi, pasti aku berhenti sebentar dan memegun masa, tapi sekarang tiada guna berpaling arah, aku menuruni tangga tersebut dan mengekori wanita itu ke dalam bangunan kubur itu. Di dalam bilik bangunan kubur itu, kudapati wanita itu duduk di atas ranjang yang mewah, berpakaian serba hitam masih berpurdah, bersandar pada bantal yang diletak pada dinding, diterangi cahaya lilin pada dinding bilik itu. Di sebelah ranjang itu, aku terpandang sebuah lubang perigi. "Kuncikan pintu itu," kata wanita itu, dengan suara yang halus gemersik seumpama berbisik, "dan bawakan kuncinya. " Aku akur.


"Buangkan kunci tersebut ke dalam perigi itu," kata wanita itu. Aku tergamam sebentar, kalaulah ada saksi di situ, pasti saksi itu dapat melihat gamamku. "Buanglah," ujar wanita itu sambil ketawa, "tadi kau tidak berfikir panjang untuk meninggalkan solatmu untuk mengekoriku kemari?" Tempelak wanita itu lagi. Aku diam.


"Waktu maghrib sudah hampir selesai," kata wanita itu bernada sedikit menyindir . "Apa kau risaukan? Pergilah buangkan kunci itu, kau mahu aku memuaskan nafsumu, bukan?" Aku terus membuang kunci pintu tersebut ke dalam perigi, dan memerhatikan kunci itu jatuh. Perutku terasa bersimpul tatkala tiada bunyi kedengaran ketika kunci itu jatuh ke dalam lantai perigi. Aku berasa kagum, kemudian takut.


"Tiba masanya untuk melihat aku," kata wanita tersebut, dan dia mengangkat purdahnya untuk mendedahkan wajah sebenarnya. Bukan wajah segar seorang gadis remaja, tapi kehodohan wajah yang mengerikan, jijik, hitam dan keji, tanpa satu zarah cahaya kelihatan pada alur kedut ketuaannya. " Pandang aku sungguh-sungguh," kata wanita itu lagi.


"Namaku Dunia. Aku kekasihmu. Kau habiskan masamu mengejarku , sekarang kau telah memiliki diriku . Didalam kuburmu. Mari. Mari." Kemudian wanita itu ketawa dan ketawa, sehingga dia hancur menjadi debu, dan lilin itu padam satu demi satu, dan kegelapan menyelubungi suasana.


Credit to: al-muqorrobun.blogspot.com & syok.org

June 15, 2011

Muhasabah untuk semua.

Hidayah Allah datang bila-bila waktu yang dikehendaki olehNya.
Jangan sia-siakan hidayah yang datang, kerana mungkin setelah ini hati kita tidak dapat menerima pemberian Allah, menjadikan kita 'orang biasa'.

Cukup-cukuplah dengan mainan dunia, cukup-cukuplah dengan kehanyutan.

Iman seseorang tidak akan kekal. Ada turun naiknya. Untuk beristiqamah melakukan kebaikan itu banyak ranjaunya. Berubah kearah kebaikan lebih susah daripada berubah kearah keburukan. Tentu sahaja syaitan, musuh utama manusia sejak dari Nabi Adam tidak akan senang melihat 'hijrah' seseorang. Tingkatkan iman, kuatkan hati. Bukankah Allah telah janjikan tempat yang sebaiknya untuk umat Nabi Muhammad SAW yang bertaqwa?

Apalah gah sangat Islam pada nama, sedangkan apa yang kita lakukan itu tidak selaras dengan gah nya Islam? Tidak menjaga adab pertuturan, tidak menjaga aurat, tidak memelihara waktu solat. Itu hanya sebahagian. Kalau di hitung dari bangkitnya kita dari tidur, hingga tidur semula di malam hari, banyak kemungkaran yang secara kasar dipandang elok, tapi secara agama sudah terkeluar landasan.
Amal Ma'ruf Nahi Mungkar. Ada belajar sewaktu sekolah menengah. Waktu sekolah menengah tidak dititikberatkan lagi, mungkin sebab fikiran belum matang. Tapi seiring perjalanan usia, semakin matang kita, berubahlah.

Sebelum pintu taubat tertutup, sebelum ajal menemui kita, sebelum hari kiamat datang menjemput, fikir-fikirkanlah. Jangan risau dengan orang sekeliling yang mungkin akan berpandangan serong kepada kita, kerana janji syurga itu datangnya dari Allah, bukannya masyarakat sekeliling.

Wallahua'lam.


14 Rejab 1432H.

June 10, 2011

Jumu'a

Hadith(Sahih Bukhari) shared from Guidance app:
Volume 2, Book 13, Number 33 Narrated Salman Al-Farsi:


Allah's Apostle (p.b.u.h) said, "Anyone who takes a bath on Friday and cleans himself as much as he can and puts oil (on his hair) or scents himself; and then proceeds for the prayer and does not force his way between two persons (assembled in the mosque for the Friday prayer), and prays as much as is written for him and remains quiet when the Imam delivers the Khutba, all his sins in between the present and the last Friday will be forgiven.
Published with Blogger-droid v1.7.1

June 07, 2011

Technology

Having a smart phone is like brushing your teeth in the morning. A must. At least 2 to 3 out of 10 say so, I assumed.
There was a day, the world of silence. Everybody busy doing their 'thang'; thru phones and laptop.
A friend of mine tweeted, we people need to communicate thru mouth more. Technology eat us.
Indeed very true. I realized my communication skills fall to 'sick' this past few months. Lost words.
Therefore, here I am now; polishing a 'gift' from God that I don't want to lose. May the force of writing still with me. Writing is good for our soul.