June 15, 2011

Muhasabah untuk semua.

Hidayah Allah datang bila-bila waktu yang dikehendaki olehNya.
Jangan sia-siakan hidayah yang datang, kerana mungkin setelah ini hati kita tidak dapat menerima pemberian Allah, menjadikan kita 'orang biasa'.

Cukup-cukuplah dengan mainan dunia, cukup-cukuplah dengan kehanyutan.

Iman seseorang tidak akan kekal. Ada turun naiknya. Untuk beristiqamah melakukan kebaikan itu banyak ranjaunya. Berubah kearah kebaikan lebih susah daripada berubah kearah keburukan. Tentu sahaja syaitan, musuh utama manusia sejak dari Nabi Adam tidak akan senang melihat 'hijrah' seseorang. Tingkatkan iman, kuatkan hati. Bukankah Allah telah janjikan tempat yang sebaiknya untuk umat Nabi Muhammad SAW yang bertaqwa?

Apalah gah sangat Islam pada nama, sedangkan apa yang kita lakukan itu tidak selaras dengan gah nya Islam? Tidak menjaga adab pertuturan, tidak menjaga aurat, tidak memelihara waktu solat. Itu hanya sebahagian. Kalau di hitung dari bangkitnya kita dari tidur, hingga tidur semula di malam hari, banyak kemungkaran yang secara kasar dipandang elok, tapi secara agama sudah terkeluar landasan.
Amal Ma'ruf Nahi Mungkar. Ada belajar sewaktu sekolah menengah. Waktu sekolah menengah tidak dititikberatkan lagi, mungkin sebab fikiran belum matang. Tapi seiring perjalanan usia, semakin matang kita, berubahlah.

Sebelum pintu taubat tertutup, sebelum ajal menemui kita, sebelum hari kiamat datang menjemput, fikir-fikirkanlah. Jangan risau dengan orang sekeliling yang mungkin akan berpandangan serong kepada kita, kerana janji syurga itu datangnya dari Allah, bukannya masyarakat sekeliling.

Wallahua'lam.


14 Rejab 1432H.

5 comments:

Syazana R. said...

i like this post soo verry muchh yern! :D keep it up! hehehe..

btul, nda kesah la org mau ckp apa yg penting nawaitu.

Yern Ain said...

InsyaAllah Nana. Doakan supaya sentiasa istiqamah. Huhu. Kayuh pelan-pelan, semoga sampai ke destinasi yang dituntut olehNya. :)

Princess Mos said...

alhamdulillah..

smoga Allah menguatkan hatimu..
menetapkan hatimu..
dan membimbingmu..
hingga dirimu bertemu dgn-Nya..

:)

Ara Ali Fath said...

alhamdulillah dear.

kenapa untuk berubah itu banyak rintangan yang perlu di hadapi? kerana balasannya sangat lah manis.
so sama - sama kita untuk mencari kebaikan yang ada.
bila da dapat, istiqomah dan terus untuk istiomah.
moga ALLAH menjaga hati - hati kita supaya tetap di jalan-NYA. ^__^

ruqaiyyah annamirah said...

Simple word :Tahu kak ain sgt kuat.love ya!