NAMA ISTERI KE 6
Ummu Salamah
SEBAB MENIKAH
Menafkahi dan melindungi janda yang kematian suami.
Suaminya mati akibat perang. Suaminya Abu Salamah cedera dalam peperangan Uhud kemudian meninggal dunia.
HIKMAH PERNIKAHAN
Banyak meriwayatkan hadis dan menjadi saksi dalam hidup baginda.
Kebijaksanaannya membawa berkat yang besar terutamanya dalam memberikan buah fikiran yang bernas kepada Nabi dalam peristiwa Hudaibiyah.
Ketika dipinang oleh Rasulullah, Ummu Salamah berkata, “Aku adalah wanita yang mudah cemburu. Aku takut rasa cemburu itu nanti akan menjadi sebab Allah murka padaku. Tambahan pula aku ini wanita yang sudah tua dan mempunyai ramai anak.” Rasulullah tetap memujuknya dan berjanji akan berdoa kepada Allah akan menghilangkan rasa cemburunya. Yakin dengan doa Rasulullah, Ummu Salamah lantas menerima baginda. Hikmahnya, dia melihat sendiri betapa makbulnya doa Nabi.
KONFLIK RUMAH TANGGA
Seorang isteri yang cemburu dan suka memberi perhatian kepada anak-anaknya.
Hinggakan pada hari-hari awal pernikahan, Nabi berasa malu untuk tidur bersamanya kerana dibawanya sekali puterinya yang masih menyusu bersama ke tempat tidur.
Sering dicemburui oleh Aisyah.
TEMPOH PENIKAHAN
4H 7 tahun
NAMA ISTERI KE 7
Zainab bt. Jahsy
SEBAB PERNIKAHAN
Perintah Allah.
HIKMAH PERNIKAHAN
Zainab sejak awal amat bercita-cita menjadi isteri Rasulullah.
Zainab menunjukkan pengorbanan agung apabila terpaksa rela menikahi lelaki yang tidak disukainya semata-mata mahu memenuhi perintah Rasul dan rencana Ilahi yang merancang sesuatu.
Suami Zainab yang pertama iaitu Zaid bin Haritsah adalah anak angkat Nabi dan dikenal sebagai Zaid bin Muhammad.
Rasulullah sendiri meminang Zainab, si gadis bangsawan untuk Zaid, si pemuda miskin untuk menggugurkan perbezaan darjat di antara manusia.
Ketika rumah tangga mereka bergolak, Rasulullah menyuruh Zaid tetap bersabar dengan Zainab.
Hinggalah Allah menurunkan ketentuan-Nya agar Nabi menikahi Zainab selepas Zaid menceraikannya.
Hikmahnya, ia menghapuskan hukum anak angkat.
Beliau sangat pemurah hingga Nabi menjulukinya dengan gelaran ‘panjang tangan’ dan merupakan isteri yang paling cepat menyusuli kewafatan Nabi.
KONFLIK RUMAH TANGGA
Anas meriwayatkan, Zainab sering berbangga-bangga atas para isteri Rasulullah yang lain kerana dinikahi oleh Allah dari tujuh lapis langit.
Dia sering dicemburui. Aisyah berkata, “Dia (Zainab) adalah isteri Nabi SAW yang nyaris setara denganku dibandingkan dengan isteri-isteri yang lain)” (HR Bukhari).
Mengejek Shafiyah binti Huyay sebagai anak Yahudi sehingga Rasulullah marah kepadanya dalam tempoh yang agak lama.
TEMPOH PENIKAHAN
4H
7 tahun
NAMA ISTERI KE 8
Juwairiyah binti Al-Harits
SEBAB PERNIKAHAN
Strategi politik untuk kepentingan agama.
HIKMAH PERNIKAHAN
Saat Rasulullah SAW mendapat tawanan wanita daripada Bani Mushthaliq, terdapat seorang janda bernama Juwairiyah binti al-Harith bin Abi Dhirar di tangan sepupunya. Lalu dia menemui Rasulullah SAW untuk meminta pertolongan.
Rasulullah SAW menawarkan diri untuk menikahi puteri pemimpin kaumnya itu. Juwairiyah bersetuju.
Hasilnya, semua tawanan bani Mushthaliq menjadi kerabat Baginda dan menyebelahi perjuangan Baginda. Mereka lalu dibebaskan. Dakwah makin tersebar. Hal ini amat menguntungkan Islam.
KONFLIK RUMAH TANGGA
Aisyah berkata, “Demi Allah. Aku sangat membencinya saat aku melihatnya dari pintu rumah.” (Rujuk lebih lanjut dalam Sahih Muslim, hadis Urwah dari Aisyah). Lumrah isteri yang mencintai akan mencemburui.
Menyedari suaminya menikah lagi kerana kepentingan agama bukan kerana kepentingan nafsu, Aisyah r.ha. meredhai. Katanya, “Maka dibebaskan 100 orang keluarga Bani Mushthaliq kerana pernikahan Juwairiyah. Saya tidak pernah lihat ada wanita yang lebih besar berkatnya bagi kaumnya daripada dia.” (Diriwayatkan daripada Abu Daud dan Ahmad.)
TEMPOH PERNIKAHAN
5H
6 Tahun
NAMA ISTERI KE 9
Ummu Habibah, Ramlah binti Abu Sufyan
SEBAB PERNIKAHAN
Menafkahi dan melindungi janda yang suaminya murtad.
HIKMAH PERNIKAHAN
Memberi tamparan hebat kepada ayahnya yang ketika itu sangat kuat menentang Islam.
Membuktikan bahawa anak tidak menanggung dosa ayahnya.
Walaupun ayahnya seseorang yang memusuhi Islam, namun anak yang beriman tidak dikeji sekali sebaliknya dimuliakan sebagai isteri Nabi.
KONFLIK RUMAH TANGGA
Auf bin Harits mengatakan, Aisyah berkata, “Menjelang wafatnya, Ummu Habibah memanggilku sambil berkata, ‘Di antara kita pernah ada satu dua hal yang biasa terjadi antara sesama isteri yang dimadu. Aku memohon semoga Allah mengampuni segala kesalahanku dan kesalahanmu berkenaan hal itu.’
Ummu Habibah memanggil Ummu Salamah dan mengatakan hal yang sama.
TEMPOH PENIKAHAN
6H
5 Tahun
No comments:
Post a Comment