NAMA ISTERI PERTAMA
Khadijah Al-Khuwailid
SEBAB PERNIKAHAN
Rasulullah menerima Khadijah kerana akhlak dan agama.
Akhlak Khadijah mulia. 
Agamanya  fitrah lantaran sebelum Islam, dia sudah bencikan berhala secara fitrah  sihat, sebagaimana Rasulullah.  Sepupunya Waraqah bin Naufal seorang  ahli kitab yang jujur. 
Rasulullah juga dapat melindungi janda yang kematian suami.
HIKMAH PERNIKAHAN
Rasulullah tidak pernah menduakan isteri pertama   ketika hayatnya. 
Malah tidak mengambil hamba ketika hidup bersama Khadijah. 
Khadijah r.ha. seorang isteri yang telah menunaikan segala kewajipannya. 
Beliau mampu memberikan baginda keturunan. 
Bersama baginda saat susah mahupun senang, ketika baginda diancam dan dipinggirkan. 
Bukankah baginda menunjukkan contoh tidak menduakan isteri yang memiliki semua kualiti ini?
Rasulullah SAW tidak berpoligami pada saat anak-anak Baginda masih memerlukan perhatian dan didikan seorang ayah.
Baginda berpoligami saat anak-anak Baginda sudah besar dan mampu berdikari[2].
Rasulullah bermonogami selama 25 tahun. 
Rasulullah  sentiasa terkenang-kenangkan zaman monogaminya dengan Khadijah sehingga  Aisyah cemburu walaupun Khadijah telah lama wafat.
Keluarga Rasulullah tidak mengalami konflik yang berat ketika berada dalam suasana monogomi. 
Anak-anak baginda membesar dalam suasana ini. Sebaliknya sering tercetus konflik rumah tangga dalam suasana poligami. 
Rasulullah SAW tidak pernah marahkan isteri ketika hanya mempunyai seorang isteri. 
Sebaliknya  sering teruji dengan tindakan-tindakan isteri yang lahir kerana cemburu  dalam alam poligami hinggakan baginda pernah marahkan mereka dalam  tempoh masa yang agak lama.
KONFLIK RUMAH TANGGA
Hampir tiada
TAHUN DAN TEMPOH PERNIKAHAN (MASEHI/HIJRAH)
595 M
25 Tahun
NAMA ISTERI KE 2
Saudah binti Zam’ah
SEBAB PERNIKAHAN
Menafkahi dan melindungi janda yang kematian suami. 
Suaminya mati akibat banyak disiksa di Makkah kerana agamanya.
HIKMAH PERNIKAHAN
Saudah dinikahi bersama Aisyah pada waktu yang sama iaitu pada tahun 620M selepas wafatnya Khadijah. 
Saudah bukanlah wanita yang menarik bahkan gemuk dan uzur.
Pernikahan ini membuktikan keikhlasan Nabi membela wanita bukan kerana nafsunya.
Rasulullah berpoligami setelah baginda berumur 53 tahun.
Rasulullah berpoligami hanya selama 10 tahun.
Rasulullah  SAW sangat insaf pada keterbatasan manusia untuk berlaku adil  sehinggakan apabila Baginda sudah berpoligami, Baginda tidak jemu-jemu  merayu taubat dan mengadu pada Allah tentang keterbatasan itu. 
Aisyah  r.ha. berkata, “Rasulullah selalu membahagi giliran sesama isterinya  dengan adil. Dan baginda pernah berdoa, ‘Ya Allah! Ini bahagianku yang  dapat kukerjakan. Kerana itu, janganlah Engkau mencelaku tentang apa  yang Engkau kuasai sedang aku tidak menguasainya.[3]” 
 Lelaki bertakwa nyata takut mengambil mudah dalam poligami.
KONFLIK RUMAH TANGGA
Baginda pernah berniat ingin menceraikan Saudah r.ha kerana berlaku adil bukanlah satu hal yang senang. 
Baginda takut pada persoalan Allah yang amat berat di akhirat.
Sehinggalah Saudah sanggup memberikan haknya kepada Aisyah r.ha. bagi memujuk Nabi membatalkan niatnya.
Maka turunlah ayat al-Quran tentang isteri yang takut suaminya berlaku nusyuz.[4]
TEMPOH PERNIKAHAN
13 Tahun
NAMA ISTERI KE 3
Aisyah bt. Abu Bakr
SEBAB PERNIKAHAN
Perintah  langsung daripada Allah SWT selepas kewafatan Khadijah dengan  menghadirkan Aisyah dalam mimpi baginda dalam beberapa malam.
HIKMAH PERNIKAHAN
Banyak meriwayatkan hadis dan menjadi saksi dalam hidup seharian baginda yang menjadi sumber hukum selepas al-Quran.
Rasulullah  menikahi Saudah dan Aisyah pada masa yang sama. Cuma faktor umur Aisyah  menyebabkan baginda menjemput Saudah terlebih dahulu untuk hidup  bersama baginda. 
Di sinilah bermulanya hidup berpoligami Rasulullah.
Hikmahnya,  isteri-isteri baginda redha mereka akan hidup berpoligami sejak awal  kerana Rasulullah ingin membela janda-janda yang suaminya syahid dalam  perang, kerana agama.  
Rasulullah tidak pernah merahsiakan perkahwinannya daripada mana-mana isteri.
Pernikahan  dengan Aisyah membawa hikmah yang besar apabila Aisyah muncul sebagai  guru yang agung bagi umat manusia kesan mendapat didikan langsung  daripada madrasah kenabian sejak kecil.
KONFLIK RUMAH TANGGA
Konflik  dengan anak tiri. Aisyah r.ha bercerita, “Rasulullah SAW masuk ke  rumahku dan baginda mendapatiku sedang menangis. Baginda bertanya,  “Mengapa dinda menangis?” Aku menjawab, “Fatimah menghinaku.” Kemudiaan,  Rasulullah mendamaikan mereka.
Anas menceritakan bahawa Aisyah  dan Zainab bertengkar sehingga bersuara tinggi, padahal sudah terdengar  azan solat. Abu Bakar melintasi dan terdengar suara pertengkaran mereka.  Maka dia berkata, “Keluarlah wahai Rasulullah, dan taburkan tanah ke  dalam mulut mereka”. Aisyah berkata, “Sekarang Nabi sedang solat.” Abu  Bakar datang dan melakukan sesuatu terhadap Aisyah seraya mengecam  dengan keras, “Kenapa kamu buat begini?” (HR. Muslim). 
Pada  suatu malam, Zainab datang ke rumah Aisyah. Pada masa itu, rumah-rumah  belum diterangi lampu. Kemudian Nabi masuk lalu menghulurkan tangannya  kepada Zainab tanpa sengaja. Aisyah terus berkata, “Itu Zainab!” Nabi  segera menarik tangannya. 
Aisyah sangat cemburukan madunya  Zainab binti Jahsi, dia berkata, “Beliau (Rasulullah) berada di sana  melebihi waktu saya maka saya cemburu.” Aisyah kemudiannya berunding  dengan Hafshah merancang satu komplot. Siapa saja isteri Nabi yang  didatangi baginda, beliau harus mengatakan, “Sesungguhnya aku mencium  bau maghafir (makanan yang baunya tidak enak) padamu, adakah engkau baru  habis minum maghafir?” Maka setiap isteri yang diziarahi baginda,  mereka akan bertanyakan soalan yang sama. Nabi berkata, “Saya tadi minum  madu di rumah Zainab dan saya tidak akan mengulanginya lagi.” Maka  turunlah ayat Allah: (At-Tahrim: 1-4) menegur pakatan bohong ini.
Aisyah  menceritakan, “Suatu ketika Rasulullah SAW berkata kepadaku,  ‘Sesungguhnya kanda tahu bila dinda sedang senang kepada kanda dan bila  dinda sedang marah.’ Aku bertanya, ‘Bagaimana kanda tahu?’ Baginda  menjawab, ‘Jika dinda sedang senang kepada kanda, maka dinda akan  mengatakan, demi Tuhan Muhammad! Tapi jika dinda sedang marah, dinda  akan mengatakan, tidak, demi Tuhan Ibrahim! Aisyah berkata, ‘Itu benar.  Demi Allah! Dinda hanya mampu menjauhi namamu.’” (Muttafaqun Alaih).
Aisyah  menyelitkan kakinya antara daun-daun idzkir lalu berkata, “Ya Tuhanku,  suruhlah kala jengking dan ular menggigitku. Rasul-Mu, entah apa yang  dilakukannya, sedangkan aku tidak mampu berkata apa-apa.
Mengejek Hafsah di hadapan Rasulullah.
Aisyah  mengikuti Rasulullah SAW dalam perang Musthaliq setelah undian.  Sepulangnya beliau daripada perang ini, beliau telah mendapat ujian  berat berupa fitnah tentang perlakuan sumbang namun akhirnya kesuciannya  dibela oleh Allah SWT.
TEMPOH PERNIKAHAN
620M 13 tahun
NAMA ISTERI KE 4
Hafsah binti Umar
SEBAB PERNIKAHAN
Menafkahi  dan melindungi janda yang kematian suami. Suaminya mati akibat perang.  Hafsah terpaksa menjanda dalam usia muda iaitu 18 tahun kerana suaminya  yang cedera parah dalam perang Uhud meninggal di Madinah.
HIKMAH PERNIKAHAN
Meriwayatkan hadis dan menjadi saksi dalam hidup seharian baginda. 
Diberi kepercayaan memelihara dan menyimpan al-Quran ketika pemerintahan khalifah Abu Bakar.
Perceraiannya  dengan Rasulullah menunjukkan bahawa perceraian itu suatu yang halal  dalam Islam. Namun ia tidaklah pula   digalakkan.
Ketaatannya kepada Allah mendorong Jibril mengarahkan Nabi merujuknya kembali. 
Jibril  mengatakan bahawa Hafsah seorang wanita berpendirian teguh dan bakal  menjadi bidadari untuk Rasulullah di syurga. Ia menunjukkan hikmah yang  besar tentang keadilan Allah SWT.
KONFLIK RUMAH TANGGA
Suka berpakat dan kadang kala bersaing dengan Aisyah dalam merebut cinta Nabi.
Hafsah  pernah membuka rahsia Rasulullah SAW kepada Aisyah kerana cemburu  melihat Rasulullah  SAW sukakan seorang hamba bernama Mariah al-Qibtiyah  dan kerap menggaulinya.
Detik yang paling gelap dalam hidup Hafsah ialah apabila diceraikan Nabi talak satu.
TEMPOH PENIKAHAN
625M/3 H
8 tahun
NAMA ISTERI KE 5
 
Zainab bt. Khuzaimah
SEBAB PERNIKAHAN
Menafkahi dan melindungi janda yang kematian suami. Suaminya mati akibat perang.
HIKMAH PERNIKAHAN
Menunjukkan contoh banyak beralah. 
Beliau tidak mahu menyaingi Aisyah dan Hafsah kerana beliau sedar kedudukan mereka tinggi di hati Nabi. 
Lagipun, beliau sedar Nabi menikahinya untuk kemaslahatan dirinya, bukan untuk kepentingan diri Nabi. 
 Maka, beliau tidak mahu membebankan Nabi dengan cemburunya yang memang ada.
KONFLIK RUMAH TANGGA
Hampir tiada lantaran singkatnya masa bersama Nabi. 
Ujian cemburu tetap lumrah bagi isteri yang dimadukan.
TEMPOH PENIKAHAN
4H
2 bulan
 
No comments:
Post a Comment